Sunday, January 4, 2015

BELI LAMPU DI CIMA LIGHTING

Hujung minggu, orang bersantai di rumah tapi kami bersantai di CIMA Lighting yang terletak di Jalan Kucing berdekatan dengan Tesco Extra. Kebetulan hari ni 4Jan 2015 merupakan last day promosi year end sale nyer..

1st time aku kat kedai ni..puas hati tengok lampu yang banyak pilihan dan paling penting tu rega dia murah dan ada diskaun lagi 30%. Setelah naik turun dan tawaf dalam kedai tu..kami ambil keputusan untuk membeli lampu-lampu ni. Sebenarnya nak beli gak untuk lampu dapur dan lampu untuk dry kitchen..tapi dah rambang mata. So 2 buah ni jer dulu yer..


Lampu di atas ni aku plan nak letak di balcony.Ada ciri-ciri klasik Bali sikit kat situ. Dalam gambar ni tak nampak sangat besarnya. Aku plan nak sangkut lampu ni kat rangka kayu kat siling tu..berangan sekejap akak..Lupa nak bagi tahu reganya RM1,135. After discount 30%..RM730!.

Lampu seterusnya..jeng! Jeng! Jeng!


Lampu ni untuk meja makan kami Plan awalnya meja kaca ni nak diletakkan di dry kitchen tapi tak muat la plak memandangkan wet kitchen cabinet  dah dipanjangkan hingga ke ruang dry kitchen. Meja kaca tu pulak besar berkerusi 8. Rega lampu ni pada awalnya RM799 dan ada diskaun 30%. Tu pon aku mintak dia kurangkan lagi harganya. Berjaya akak tau!

Time nak balik.sempat lagi Jalan2 kat kedai perabot..ternampak kerusi (Tools) warna yg akak inginkan...huhu reganya RM180 satu. Diam2 aku pujuk hsti...survey dulu..tah2 tempat lain lagi murah...Alhamdulillah tak berjaya syaitan nir rojim menggoda akak...hihi.Tak pe...esok masih ada kannn...

Saturday, January 3, 2015

AKHIRNYA JUMPA GAK YANG BERKENAN.

Tadi kami 4 beranak pegi survey batu untuk diletakkan diantara pagar yg kecil. Convenient  kalau ada pagar kecil ni dan tak perlulah nak bukak automatic gate tu setiapkali nak keluar kan?

Survey punya survey..terjumpalah batu ni yang aku suka sangat!. Kebetulan kedai kat Sungai  Buloh ni buat sale!. Batu tu berharga RM30 tapi tak pasti dah diskaun 15% ke belum..


Nampak ler ala-ala Bali nyer...ada yang batunya nampak sedikit kusam tapi tak berminat pulak di mata aku. In fact..anak bujang aku yang berbakat mendekorasi ni yang memilih batu ni. 1st time Abang tunjuk pun..mama dah terus berkenan.. PalIing penting ..big bos suka sebab dia yang kuar duit...

Mahal sket tak per..asal puas hati katanya bila aku bagi tau reganya. I like that word dear...!!

CORNICE PULAK...

Update seterusnya tentang perkembangan umah akak ialah bahagian depan rumah iaitu di bahagian letak kereta...pekerja sibuk tengah melepa simen putih untuk membuat cornice. Aku puas hati kerja mamat ni...kemas dan teliti gitu.



Nampak tak kat bawah tu.?.Tiles yang dipesan dah pun sampai. Syukur..satu pun tak pecah. Berbalik citer pasal cornice tadi aku dan hubby sepakat untuk menggunakan cornice yang berbentuk licin di semua bahagian kecuali dapur.

Untuk dapur, cornicenya ada bunga sedikit tapi masih berwarna simen putih. Aku memang tak mengemari cornice yang berwarna (cuba elakkan sama  seperti rumah rmak sebenarnya).Tak mau ler serupa kalau boleh..

Dah terbayang dalam kepala ni..kalau dah dipasang lampu nanti..perghhh! sure nampak cantik dengan gabungan batu bunga yang akan kami letak kat dinding nanti..contohnya cam ni..Wink! wink!

Thursday, January 1, 2015

INGAT AKAN KARMA ANDA...

Aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yang seakan suka mempermainkan orang. Berjanji beria-ria..tup2 bila tiba masanya tak jadi. kansel di saat-saat akhir lagi!

Tu terjadilah kat aku baru-baru ni...masa nak booking apartment aku..bukan main whatsapp bertalu-talu siap minta gambar apartment, alamat dan no. telefon bagai..siap booking dan2 tu gak. Alih-alih tiba masanya tak jadi plak..

Okaylah aku boleh terima alasan dia ...tapi tak kan ko tak boleh bagi tau awal. Terfikir tak yang ko tu dah menyusahkan @ dengan lebih senang ayat aku..menyekat rezeki orang. Untuk pengetahuan ko..ada 2,3 orang mintak pada tarikh yang sama tapi disebabkan ko mintak dulu so..aku berpegang pada janji. Tak sangka pulak ini balasannya.

Kalau dah tukar fikiran..tak pe..aku tak kisah pun..tinggal lagi susah sangat ke nak whatapps aku dan bagi tau awal. Ker memang ko gembira mengenakan orang camtu??.

Jangan seronok sangat yer..hari ni ko ketawa kenakan orang tapi jangan lupa esok tetap ada ...Allah tu Maha Kaya...ingat karma yang bakal ko terima jika memang ko sengaja melakukan kerja tak berakhlak tu...

One more thing..aku tak ler tak makan kalu tak de orang menyewa apartment tu pun...tinggal lagi rasa sedikit mual melayan kerenah orang yang macam ko ni..

TIPS UNTUK RUANG RUMAH YANG SEMPIT

Kalau diberi pilihan..of coz macam-macam benda kita orang perempuan ni nak sumbat dalam rumah kan. Beruntung ler orang yang mempunyai rumah yang besar..tentunya tak der masalah tapi bagaimana dengan mereka yang punya ruang yang terhad tapi masih ingat berhias cantik?


Jangan risau..semua tu ada penyelesaiannya..tinggal korang kena lebih kreatif dalam menyusun atur perabot dan juga hiasan yang ada. Sebagai contoh, you olls nak simpan barangan tapi tempat almari menyimnpan barangan pulak tak de space okay..Apa kata buat camni..Aku suka gaya dia..almari beroda yang boleh ditarik keluar...sangat praktikal sekali..





Cantik dan kemas


Sesuai untuk bilik anak bujang@ anak dara anda



So jangan risau kalau anda mempunyai ruang yang sempit di rumah. Cuma gunakan daya kreativiti anda saya untuk merealisasikan ruang impian anda.

PAGAR LER PULAK..

Semua barang keperluan dah di pilih termasuk tiles, sinki dan juga segala kelengkapan bilik air dan ruang2 yang lain. Tinggal satu lagi perkara utama yang belum dapat kata putus lagi. Pintu pagar!

Memandangkan konsep kami lebih kepada moden kontemporari so aku decide nak pilih pagar yang ada unsur kayu untuk disesuaikan dengan gebyok ( pintu ukiran Bali). Pintu ini kami pasang bagi menggantikan sliding door yang lama. Hajat hati tu nak rumah aku kelihatan ala2 resort..so tak kena la kalau aku letak pagar stainless steel kan. Memang la senang penjagaannya ..tak payah cat segala tapi lari konsep la plak..


Pagar camni..hubby aku kata cam tak nak campur masyarakat
(Credit to google)


Orang ingat tuan rumah mesti loaded..takuit (tak minat pun)
(credit to google)

Mungkin camni kot...dengan sedikit hiasan bunga wrought iron di bahagian atasnya.
(credit to goole)

Aku cuma mahu pintu pagar automatic yang simple dan tidak terlalu sarat dengan   wrought ironnya. Buku katalognya dah diberi sampai 2 buah tapi kami masih belum buat keputusan camner yang jadi pilihan. Mana tak nyer..aku suka ..hubby plak laju geleng kepala...sudahnya tunggu dulu...Kerja yang lain pun
tak siap lagi kan..so aku ada masa lagi untuk buat pilihan..

Any idea sapa2 nak share dengan aku..silakan...









2015 SELAMAT DATANG....

Selamat datang tahun 2015 dan Selamat Jalan 2014 yang penuh dengan cerita suka dan duka perjalanan hidup aku. Rasanya bagai masa tu cepat benar berlalu..2014 rasanya terlalu pantas meninggalkan kita. Tapi itulah kan...walau apapun, kehidupan ini perlu diteruskan selagi nyawa masih di badan...

Bercakap tentang tahun baru...nak bercerita tentang surprise yang dibuat oleh hubby dan anak2ku. Hubby aku ni, bukanlah jenis romantic orangnya tapi sikapnya yang tak lupa birthday aku dah cukup buat aku rasa disayangi..

Diam2 dia belikan aku kek..disebabkan aku malas nak keluar..makan dibelikan KFC untuk kami makan beramai2 di rumah emak. Thank you dear..tak terbalas rasanya ingatan kasihsayang yang diberikan. Biarpun bukan wang ringgit tapi aku dapat rasa keikhlasan dia...so touching that time tau..

Insya Allah..aku akan cuba memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan demi untuk orang2 yang aku sayang. Muga dipermudahkan segalanya. Muga tahun ini juga menjanjikan seribu kenangan indah dalam hidup kami sekeluarga dan buat orang2 yang aku sayangi...