Semua barang keperluan dah di pilih termasuk tiles, sinki dan juga segala kelengkapan bilik air dan ruang2 yang lain. Tinggal satu lagi perkara utama yang belum dapat kata putus lagi. Pintu pagar!
Memandangkan konsep kami lebih kepada moden kontemporari so aku decide nak pilih pagar yang ada unsur kayu untuk disesuaikan dengan gebyok ( pintu ukiran Bali). Pintu ini kami pasang bagi menggantikan sliding door yang lama. Hajat hati tu nak rumah aku kelihatan ala2 resort..so tak kena la kalau aku letak pagar stainless steel kan. Memang la senang penjagaannya ..tak payah cat segala tapi lari konsep la plak..
Pagar camni..hubby aku kata cam tak nak campur masyarakat
(Credit to google)
Orang ingat tuan rumah mesti loaded..takuit (tak minat pun)
(credit to google)
Mungkin camni kot...dengan sedikit hiasan bunga wrought iron di bahagian atasnya.
(credit to goole)
Aku cuma mahu pintu pagar automatic yang simple dan tidak terlalu sarat dengan wrought ironnya. Buku katalognya dah diberi sampai 2 buah tapi kami masih belum buat keputusan camner yang jadi pilihan. Mana tak nyer..aku suka ..hubby plak laju geleng kepala...sudahnya tunggu dulu...Kerja yang lain pun
tak siap lagi kan..so aku ada masa lagi untuk buat pilihan..
Any idea sapa2 nak share dengan aku..silakan...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com