Wednesday, January 28, 2015

BERSANTAI SEMPENA CUTI RAYA CINA

Hitung punya hitung..baru aku perasan yang aku sekeluarga dah lama tak pergi bercuti...Kali terakhir gi Indonesia. Makanya kali ni terfikir gak nak berjalan-jalan dalam negeri tercinta ...Malaysia ni. Di tambah lagi dengan usul dari adik ipar aku yang 24 hours dok mengadap dapur hari-hari.


Plan awalnya masa meeting family tu nak ke Melaka...plan baik punya sempena raya cina kononnya. Alkisah..disebabkan lambat membooking, maka punah ler harapan bebudak yakni anak2 saudara aku (termasuk aku gak..huhu). Kesian aku tengok dorang yang really excited bila dengar nak mandi kolam.


Maka gigih ler dorang ni search sana sini..semuanya penuh bak ikan sardine dalam tin cam tomato tu. Tapi nak jadi rezeki bebudak tu termasuk auntienya yang ter over gediks ni..ada la satu tempat pecutian ni yang masih kosong. Mungkin kerana ramai tak tahu lagi tempat ni. Lopo Blue River yang terletak di Ulu Langat. Cer korang google...Bagi yang suka keindahan semulajadi, sungai dan tempat memancing, this is the place yang memang pasti jadi kenangan buat korang.

Apa-apa hal, tunggu aku pergi dulu dan update kat korang yerk. Harap-harap percutian kali ni meriah lah...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com