Monday, January 19, 2015

HASIL PEMERIKSAAN DARAH..

Sapa sangka..sesuatu yang kita tak jangka malah jauh terfikir akan berlaku jugak.. Tanggal 12/1 ari tu kami staff kat ofis ni buat blood and urine test..Aku excited walaupun kecut perut menengok jarum injection tu.

Hari ini, doctor datang dengan hasil pemeriksaannya. Cayer tak aku yang slim melim ala Erra Fazira (perasan daahhhh..) ni kolesterol tinggi. Mak oi!..selama ini aku dok telan segala macam makanan tanpa memikirkan faktor kesihatan. Al maklum la, selama ini aku memang tak der masalah apa-apa. Doktor suggest aku diet dan jaga pemakanan terutamanya seafood dan internal organ which part tu yang aku suka sangat expecially hati. Faktor umur gak tu..



Baby baru jer ajak aku jogging kat Taman Metropolitan..Sombong lagi tu..siap cakap kat dia..mama ni dah cukup slim naper nak berjogging bagai. Sila betulkan kefahaman anda tentang jogging yer...jogging tu bukan untuk cantik tubuh badan jer tapi untuk kesihatan dalaman juga.

Bila hubby aku call, terus aku bagi tahu dia...Apalagi kuar ler ayat menyindir dia tu...Hello! at least kolesterol jer okay...tu bisa di atur dong!. Nampak gayanya aku kena la makan oat peh ni...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com