Sunday, July 25, 2010
PAHLAWAN CANGKUL @ HANG KEBUN
Aktiviti yang dah lama ku tinggalkan ialah berkebun..Tapi semalam hubby ku ajak aku gi kebunnya kat Gombak. Tanah pusaka peninggalan orang tuanya. Dulu tanah ni penuh dengan semak samun tapi berkat kerajinan dan kesungguhan hubbyku tu..sekarang tanah ni penuh dengan pokok buah-buahan..
Kebanyakannya dah mula mengeluarkan putik buah. Seronok gak bila tengok kerja kita mendatangkan hasil. Teringat aku masa mula2 ikut dia ke kebun.. menjerit2 aku bila tengok cacing punya ler gemok...memang serik ler masa tu nak ikut dia gi kebun apalagi bila dia gelakkan aku..siap tanya aku lagi.. cacing tu dengan you masa besar?
Aku ni dibesarkan di bandar so mana ler reti pegang cangkul, sabit dan alat2 berkebun ni. Penah satu ketika tu, nak cangkul tanah tapi salah hayun..tercangkul kaki...berdarah ko! aku tengok cam nak pitam time tu..
Betul kata orang kalu berbudi pada tanah..ini lah hasil nya TAPI kalau ko berbudi pada orang.. belum tentu, terutama orang yg cam spesis "MAKAN" kita balik ni memang terbukti sia-sia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com