(Bilik Idamanku)
Rumah yang aku duduki sekarang dibeli pada tahun 1987. Jenuh gak ler kami survey kehulu ke hilir untuk mencari lokasi yg sesuai. Aku suka dengan persekitaran yang tenang dan lokasinya yg dekat dengan town.
Sebenarnya kami berura2 nak renovate umah ni tapi sering berbeza pendapat dari segi rekabentuknya. Aku suka dengan konsep moden kontemporari sedangkan hubbyku suka konsep ala resort dengan penataan Bali. Rajin gak ler hubby aku gi Sg. Buloh yg menjual pintu dan hiasan Bali. Memang aku kira bole beralah untuk menerima konsep yg diidamkan tapi aku tetap mahu design yg simple dan tidak terlalu sarat dengan ukiran..
Tapi perancangan kami tu terpaksa ditunda buat sementara waktu bagi memberi laluan pada satu lagi "projek" kami untuk tahun 2010 ni... Kalu kedua2 nya aku buat serentak..iskkk lari budget planning kami...Bagi aku, aku pun setuju gak beri laluan pada projek tu.Sekurang2nya sempat gak aku mencari idea yg lebih baik utk rumah kami nanti..Doakan ye kengkawan...muga istana impianku menjadi kenyataan...InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com