Sunday, November 14, 2010

TEATER LAGI.


Sejak menonton teater muzikal Tun Mahathir tempohari, Baby dah mula menunjukkan minatnya pada bidang teater malah semakin minat untuk menonton teater kanak2 yg dipentaskan di Taman Budaya yg berdekatan dengan Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

Aku berpendapat ianya memang satu aktiviti yg sihat dalam memupuk minat anak2 untuk mendekati bidang teater ini. Cara mereka mengekpresi diri tu sebenarnya menjadikan mereka lebih berani dan percaya kepada diri mereka sendiri. Bukan senang untuk anak2 semuda ini berdiri di khalayak ramai tanpa keyakinan diri yg tinggi.

Aku mengagumi senibina bangunan di Taman Budaya tersebut. Memang amat menarik tapi rasanya ia akan tambah menarik dengan diserikan dengan seni taman yg indah . Malangnya pasu2 bunga yg menghiasi bangunan tersebut tidak begitu menyerlah pada pandanganku.



Apapun sekalung tahniah buat pengiat teater seni tanahair yg berjaya mencungkil bakat kanak2 ini. Sebagai ibu, aku juga tak kan teragak2 mengizinkan Baby bergiat dalam teater jika dia juga berminat, asalkan pelajaran tetap diutamakan.

2 comments:

  1. ehhh kak..teater tu kat ner? bila dipentaskan..aku pun dh gian nak tgok teater ni...kanak2 pun kanak2 la,,

    ReplyDelete
  2. 12 & 13 November yang oii. Dah lepas.. Di Taman Budaya depan Balai Polis Jalan Bandar

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com