Wednesday, April 27, 2011

KETENTUANNYA

21/4/2011, Aku pergi kerja seperti biasa memandangkan Abah kelihatan dah sihat seperti biasa. Kebelakangan ni, abah makan dengan berselera kuih muih yg dia inginkan selama ni cuma agak kurang makan bubur nasi yg disediakan pihak hospital. Tak sedap mcm mak kamu buat katanya, bila aku tegur mengapa dia tak habiskan.

Lebih kurang jam 11.00 pagi, aku dikejutkan dgn panggilan telefon mengatakan abah dimasukkan ke wad ICU! Entah mengapa, saat tu badan aku seram sejuk tetiba jer...
Dalam perjalan ke hospital, aku menangis..memohon agar Abah kembali sihat seperti biasa. Baru semalam aku tinggalkan Abah...tup2 dengar berita sebegini plak.

Waktu aku sampai, Abah sedang bertarung dengan kesakitan akibat mesin pernafasan yang jelas tidak selesa. Dia asyik meronta2 malah berusaha mencabut segala peralatan di badannya termasuk tiub saluran urine. Aku tau Abah sakit..namun apa daya aku untuk menolongnya melainkan memintanya bersabar.

Abah, ini Ani...Ani datang dengan adik2...waktu tu Allah sajer mengetahui remuknya hati aku melihat kesakitan yg ditanggungnya. Waktu aku gengam tangannya...abah membalas genggamanku namun begitu lemah sekali. Sekali sekali Abah membuka matanya seolah2 meminta pertolongan malah mulutnya terkumat kamit seolah2 mengatakan sesuatu.

Abah tak payah cakap apa2 sebab Ani tak boleh dengar....tak payah cakap lagi, nanti Abah penat...tu jer yg berulang kali aku sebut selain dari memintanya mengucap banyak2.Disebabkan jantung dan paru2 abah masih tidak dapat berfungsi dengan baik, doktor mengambil keputusan untuk membiusnya dan memasang alat bantuan pernafasan. Tika tu, Abah tak lagi meronta2..namun jelas begitu payah untuk menarik nafasnya. Waktu tu...apa yg ada di dalam kepala aku cuma satu, abah akan sembuh semula seperti biasa.

Oleh kerana kami tidak dibenarkan masuk ketika Abah dibius, aku balik sekejap ke Keramat untuk makan dan mandi. aku datang semula untuk menemani Abah sehingga pukul 2.00 pagi. Waktu tu Alia anak saudaraku yg menjadi jururawat di wad ICU memberitahu keadaan Abah masih tak berubah. Waktu tu, aku amat menharapkan agar berlaku keajaiban sekali lagi....

1 comment:

  1. semoga akk tabah hadapi ape saje situasi yang diberikan....berdoa lah byk2 hanya itu yg kite mampu

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com