Tuesday, May 3, 2011

SIAPALAH AKU UTK MENOLAK TAKDIR


(Kenangan aku bersama Abah sewaktu mendapat rawatan di Tawakal Hospital)
Kalau ditanya siapa pun...semuanya mahukan yang terbaik begitu jugak aku...Meskipun Abah masih terlantar di wad ICU namun aku tau Abah seorang yang kuat semangat. Waktu aku di sisi Abah. aku bisikkan ke telinganya kalimah syahadah dan mintak Abah bertahan..Mungkin Abah tika itu mendengar suaraku kerana ada tindakbalas dia bernafas sendiri.

Doktor kemudiannya memanggil kami adik beradik. Waktu tu, aku tau ada sesuatu yg tak kena dengan Abah. Doktor memberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan jantung nya semakin lemah.Seketika kemudian, nurse memanggil kami semua masuk...

Melihat mereka kelam kabut disisi Abah membuat aku terpaku seketika. Dalam pada tu , mataku tertumpu pada mesin ECG Abah yg angkanya 0!. Abah dah tiada!...Apa yang aku ingat tika tu, badanku rasa ringan melayang ke belakang dan terasa disambut seseorang diikuti dengan jeritan dan tangisan dari adik beradikku.

Dalam keadaan antara sedar dan tidak, aku terdengar kata2 salah seorang daripada iparku yg mintak aku bersabar menerima takdir..Ana tau, Kak Ani kuat semangat orangnya, Kak ani ler yang selalu ingatkan kitaorang.bla ..bla...bla...Selepas tu..aku dah tak ingat apa2...

Adik2ku...zahirnya korang lihat aku ini kuat semangat malah sering membimbing kalian tapi hakikatnya aku ini cuma insan biasa yang tak bisa menerima kenyataan bahawa orang yang paling kusayang di dunia ni telah pergi meninggalkan aku buat selamanya..Pergi tanpa sepatah pesan terakhir utk aku, emak dan adik2 yg lain.

Bohong kalau aku katakan yang aku tak terkilan...terkilan kerana tak sempat mendengar suaranya yang terakhir kali, terkilan kerana tak dapat memenuhi hajatnya yang ingin pulang ke rumah...

Perginya Abah...meninggalkan kesan mendalam di hatiku. Abah bukan sahaja pergi membawa kenangan bersama kami tapi pergi dengan membawa semangat aku bersamanya....

(Gambar Kenangan aku bersama arwah ketika dia dimasukkan ke wad sebelum ini..I really miss you Abah...)

2 comments:

  1. Salam TAKZIAH buat akak sekeluarga, semoga akak bersabar dengan ketentuan Tuhan. Allah Maha Mengasihi. Semoga arwah Ayah akak ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Tabahkan hati kak..

    -MZR-

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat Puan Sekeluarga, semoga roh ayah puan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Allah Maha Besar, Al-fatihah.

    aisbatu.

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com