Thursday, May 26, 2011

DIARY ABAH...


Sesetengah orang merasakan tak perlu ada diary dalam hidup mereka. Tapi bagi Abah, bukan hanya diary tapi Abah menulis dalam sebuah buku catatan riwayat hidupnya dari kecil hinggalah dia berjaya dalam perniagaannya.

Terharu aku membaca keperitan dan kepayahan Abah mengharungi hidupnya yang sejak kecil kehilangan bapa. Di waktu remaja, tak penah Abah merasa keseronokan alam remajanya kerana bertungkus lumus mencari rezeki demi membesarkan 4 orang anak saudara di bawah jagaannya.

Azam dan semangat abah untuk berjaya seperti yang ditulis dalam diarynya memberi aku satu inspirasi untuk bersemangat seperti Abah!. Dalam bait2 ayat yang ditulis, mata aku tertumpu pada ayat yang berbunyi, " Saya mahu agar anak2 saya mendapat pendidikan yang tinggi dan tidak mewarisi kesusahan saya ini. Jadikanlah iktibar atas kesusahan dan kemiskinan abah ini.


Mungkin dia yakin, suatu hari nanti, anak2nya akan membaca catatannya. Diary abah berupa azimat yang akan terpahat dalam ingatanku. Aku berjanji akan menyambung semangat yang Abah bekalkan untuk aku dan adik2...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com