Wednesday, October 12, 2011

LIDAHKU KELU UTK BERBICARA

Tak penah aku rasa kecil hati sampai camni sekali..Terlalu kecil hati sampai rasanya perasaan sedih tu merosakkan mood aku dalam sehari ni.

Aku benar2 tersinggung bila orang mempertikaikan kejujuran aku dan mengganggap aku yang bukan2...Sedih sangat..hinggakan tak terkeluar airmata kesedihan ni. Dia bukan kenal aku baru sehari dua tapi dah berbelas tahun. Segala2nya tentang aku semuanya dia tahu..

Tapi aku bingung..mengapa sejak kebelakangan ni, dia sering meragui kejujuran aku. Mencari kesalahanku...mengungkit setiap perlakuanku. Rasanya tak penah sekali pun aku berahsia apa pun kepada dia.Semuanya...segalanya...dari sudut mana pun aku tak pernah berselindung apa2 padanya.

Aku tak kisah kalau orang lain tidak mempercayai aku tapi dia insan yang paling dekat dalam hidupku seolah2 "merahsiakan" sesuatu dari aku punca dia tiba2 bersikap demikian. Sikap yang langsung tak penah wujud dalam dirinya selama ini!

Ya Tuhan...buangkan jauh2 prasangka buruk dalam fikiranku ini. Kikiskan perasaan negatif tentang dia dalam benakku ....Aku mahu bersangka baik dengannya kerana cuma dia yang bisa "melihat" hati dan perasaanku....Dia yang paling dekat dihatiku selain arwah Abah...

2 comments:

  1. emm..mesti rasa sedih bila kejujuran di ragui oleh org tersayang..cuma ajak bincang.luahkan apa yg terpendam..jangan simpan..nanti makan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Thanks Irfa...I akan ikut nasihat you...

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com