Thursday, October 27, 2011

SAAT2 INDAH SEWAKTU KECILKU


Memang tak banyak sejarah yang nak kuceritakan di kampung tu tapi kehidupan aku 4 beradik mengharungi kesusahan dan keperitan bersama emak dan abah tetap segar dalam ingatan. Meskipun aku ketika tu belum bersekolah, belum mengerti apa2 tapi aku masih dapat mengingati detik indah sewaktu mengikut abah dan emak tinggal di dangau untuk bersawah padi.


Rindu dengan saat2 indah mengikut emak menumbuk padi menggunakan lesung kaki. Aku waktu tu so excited nak menolong tapi sebab badan kecik sangat..tak bergerak langsung lesung tu..


Paling aku suka time nak menampi padi tu mengunakan tampi padi bagi mengasingkan beras dan juga "kulit" atau dipanggil"hampa" kalu tak silap aku ler. Tapi dek kerana memang tak berkemahiran membuat kerja2 sebegini...bukan hampanya yang jatuh ke bawah tapi dengan beras2 nyer sekali.


Satu lagi..alat kukur kelapa tradisional. Kalu kami balik kampung, aku paling rajin nak menolong mengukur kelapa. Selalu gak mak saudara aku menegur cara aku duduk..Katanya mengalahkan orang jantan!Mana tak nyer..terkangkang!Tak reti aku nak duduk ala2 perempuan melayu terakhir, bersimpuh bagai..Mahu jatuh aku dengan kukur tu sekali!


Semua ni, buat aku begitu rindu dengan kampung..Namun semua tu akan tinggal sejarah sebab aku tau.. selepas ini tak kan ada lagi memori indah untuk kukenang melainkan sejarah sedih yang akan kubuang jauh2..

2 comments:

  1. selalu berangan dapat kampung yg ada sawah padi.tapi sayang..kampung saya betul2 tepi lebuhraya..dan en suami pula di fklat tinggi melangit.tak dapat la nak ada kg yg ada sawah.

    kukur tu penah naik masa kecik..mak kukur kelapa saya duk belakang.hehe.

    rindu pd kenangan

    ReplyDelete
  2. Hihi..cam naik kuda plak yer ..tunggang dari belakang...

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com