Bunyinya mudah jer kan tapi nak melaksanakannya tu payah benar. Termasuk ler aku yang mempunyai prinsip tegar yakni..."Percaya kat individu tu sekali jer". It means..kalu ko dah memusnahkan kepercayaan aku, tak kan ada peluang kedua untuk aku mempercayai ko sekali pun time tu ko benar2 jujur.
Boleh jika nak bersangka baik ni tapi kenalah dengan gaya nyer...Kalu kita terang2 nampak ada sesuat yang tak kena, tak salah kan kalu kita menyiasat terlebih dahulu....Kata orang bertindak atas maklumat. Dan lebih afdal rasanya kalu maklumat tu dari pemerhatian kita sendiri yang dapat dan bukan dari orang lain.
Perlu diingatkan bahawa tak semua perkara yang kita nampak tu mengambarkan apa yang kita fikirkan. Kemungkinan ianya bercanggah sama sekali . Maknanya...jangan membuat kesimpulan berdasarkan realiti di depan mata tapi selami apa disebaliknya.
p/s : Tengah belajar bersangka baik tentang seseorang....
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com