Tuesday, July 10, 2012

SALAH SIAPA?

Korang ler judge sendiri yer sape yang salah dalam hal ni..Minggu lepas, kami booked ler caterer ni buat majlis tahlil arwah Abah. Mula2 kami bercadang buat pada 7/7 kemudian kansel dan tukar pada 8/7. Dah confirm 8/7/12 hari Ahad dengan dia. Tup2 dia datang pada Sabtu 7/7 tu bawak segala mala hidangan yang kami pesan..Of coz ler mak aku gelabah puyuh sebab dia dah bagi tau kenduri tu 8/7.

First person yang dia call, aku ler..Hangin mak time tu ko! Lain hari yang di booking..lain hari plak yang dihantar. Aku cakap kat mak, suruh orang tu amik makanan tu bawak balik sebab sape yang nak makan sumer tu. Hari Sabtu tu, kat surau ada 3 kenduri so Tok Imam tak dapat datang. So sapa yang nak baca doa majlis tahlil tu. Aku ..setakat doa makan tu boleh ler..

Mak kata muka dia kelat semacam time nak amik makanan tu balik. Yang buat aku marah tu, dia boleh salahkan emak sebab katanya mak tak bagi tahu tarikhnya dah ditukar pada 8/7. Aku cakap kat dia emak aku tu dulu masuk sekolah...dia tak buta huruf dan kenal angka 7 dan angka 8!.

At last dia kata dia tak mau buat catering yang kami pesan pada hari Ahad tu. Mangkuk ayun betul mamat tu. Aku sumpah ko jadi kodok nanti baru tau. Last minit cakap tak boleh plak walhal esoknya majlis tu akan diadakan. Cam nak sabotaj kami plak dia ni.

Tuhan tu Maha Kaya. Akhirnya dapat gak kami disaat2 akhir caterer lain yang sudi membantu...Tak faham lah aku sikap manusia hati longkang nih! Bukan nya aku suruh dia masak percuma..berbayar kan! Disebabkan kecuaian dia, kami yang kelam kabut dibuatnya.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com