Monday, January 21, 2013

PERJANJIAN YANG DIMUNGKIRI

Kalau padi katakan padi..tidak aku tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidak ler aku menyaman sampai kini

Sedap tak pantun 2 kerat akak? Ni pantun khas buat sapa yang suka dok "main tarik tali" dengan kita. In another word..dorang ni cam nak deal dengan kita tapi dalam masa yang sama cam tak mengindahkan kita...Pantun ni boleh gak merujuk pada kes aku yang masih hanging kat mahkamah.

Sebenarnya bukan kes jer yang cam ni..tapi banyak kes yang tergantung bertahun2 tanpa ada penyelesaiannya. Tapi tu keja pihak mahkamah..akak tak kuasa nak campur. Cuma akak heran dengan orang yang akak nak saman ni..naper ler ko continue buat agreement kalau tak mampu nak bayar sewa orang. Tak ker kes aniaya namanya tu!.

Aku dapat tahu, banyak apartment kat PD tu kena lelong dek kerana mereka tak mampu bayar loan ke bank. Semua tu kerana mengharapkan janji manis pihak management yang akan membayar seperti yang dijanjikan.

Aku cuma mengharapkan keadilan dan tak berniat nak menganiaya sesiapa. Perjanjian ditandatangani tanda persetujuan bukan nyer sekadar sekeping kertas yang tidak mempunyai apa2 makna...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com