Thursday, January 17, 2013

REZEKI ANAK- ANAK

Orang kata anak ni pemberian dari Allah  punya rezeki mereka masing-masing. Tak usah risau ler kalau beranak ramai mana pun asalkan kita berusaha mencari rezeki yang Allah dah tentukan tu.Tapi itu tak bermakna kita mengharap rezeki tu jatuh dari langit cam tu jer...Kena ler cari jugak yer...

Alhamdulillah..so far, rezeki anak2ku murah..Sejak lahir hinggalah meningkat usia remaja, rezeki mereka tak putus2 malah semakin mengalakkan...Memang aku perasan, doa Abang dari kecil memang sentiasa makhbul. Penah satu ketika, tanpa disuruh, Abang memegang sampul share yang akan kami hantar dan sepontan keluar kata2 dari mulutnya, "Menanglah share ayah ni" berulangkali dan menghembus ke sampul surat berkenaan.

Time tu..mungkin secara kebetulan jugak, saham kami naik berkali2 dan setiap kali nak menghantar saham..hubby aku akan mintak Abang "mandram" dulu. Amik berkat anak katanya...Alhamdulillah...Allah mendengar permintaan anak sulungku tu.

Rezeki anak dara tu pun sama gak...kami mampu membeli sedikit harta buat bekalan mereka nanti. Ketika tu...Allah permudahkan setiap urusan kami dari pembelian tanah hinggalah kepada pengubahsuaian. Semua tu berkat doa dari anak2 jugak dan syukur kupanjatkan pada Tuhan kerana telah menunaikan semua permintaan mereka.

Harap2 doa dan rezeki anak2ku berterusan malah boleh dikongsi bersama dengan insan2 yang memerlukan satu hari nanti..AMIN.

1 comment:

Saraqistina80@yahoo.com