Rata-rata di antara kita tak kira la lelaki mahupun wanita berlumba-lumba untuk kelihatan cantik dan menawan. Maka kerana itulah, masing-masing tak kisah berhabis wang ringgit hanya kerana mahu kelihatan cantik dan berketerampilan menarik.
Dari hujung kaki sampai ler hujung rambut..semuanya mahu kelihatan vouge gitu. Yang dah putih, masih mencari produk untuk kelihatan putih melepak. Yang body dah sedia langsing, masih mencari produk untuk pelansingan. Yang tak tinggi,berusaha untuk mencari kasut yang terpacak ketinggiannya hinggakan lupa ianya akan memudaratkan diri sendiri. "Beauty is pain" istilah yang sering dipakai bagi wanita yang sanggup menggunakan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan menarik.
Tapi sebenarnya wahai kengkawan...dalam kita mengejar untuk kelihatan cantik ni..kita terlupa satu lagi kecantikan yang perlu kita ada...Kecantikan nurani...Apa tu??? menurut kata buku yang kubaca, kecantikan nurani tu bukan hanya pada pakaian dan perhiasan diri tapi perhiasan yang akan dinilai orang secara keseluruhan.
Cantik, menawan dan seksi tidak mencukupi jika tidak dihiasi dengan tingkahlaku yang baik dan sopan. Sopan ker kalau ketawa mengilai-ngilai sampai semua mata tertumpu pada anda? Bukan kerana anda cantik tapi hilai ketawa anda tu kedengaran amat menjengkilkan pendengaran orang sekeliling.
Pendek kata, bersederhanalah...dan tahukah anda bahawa wanita yang bertudung juga mampu membuat sang lelaki cair hatinya apatah lagi jika wanita itu penuh dengan sifat kewanitaannya yang lahir secara semula jadi.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com