Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala kuperlu
Sedia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kaulah yang selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku...
Apa beza kawan dan sahabat? Bagi aku..kawan ni ramai disekeliling kita tapi seorang sahabat yang sentiasa di sisi tatkala kita senang mahupun susah...cuma satu dalam seribu. Korang ada tak sahabat yang ada ciri2. seperti ni?
Lucky..Tuhan pertemukan aku dengan sahabat yang seorang ni. Dia banyak mengubah personaliti aku yang dulunya tidak yakin pada kebolehan diri sendiri. Malah dia banyak memberi semangat dan kekuatan di waktu aku berdepan dengan masalah. Dia sentiasa bersedia mendengar segala masalah yang aku hadapi dan bersedia 'meminjamkan' bahunya untuk tempat aku melepaskan rasa terbuku di hati ini.
Saat paling manis..bila sahabatku ini bersedia menemani aku seumur hidupnya malah aku berdoa padaNya muga dipertemukan aku dengannya di 'sana' nanti.
Muga sahabat istimewa dan juga suamiku ini mengetahui bahawa aku begitu menghargai kehadirannya dalam hidupku..
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com