Apa istilah romantik dalam hidup anda. Pemberian bunga...atau ada hadiah kejutan menanti buat anda seperti makan malam di bawah sinaran lilin...atas kapal lagi tak pun tongkang ker..hihi.
Tak der maknanya romantik ko tu ...kalau setakat bagi bunga, coklat dan bagi kejutan cam tu..mamat bangla atau Nepal tu pun biasa buat..tak banyak mana pun modalnya. Itu yang korang istilahkan romantik.
Dengor sini ya..akak yang dah rasa masinnya garam terlebih dulu dari korang nak habaq mai...Romantik tu istilahnya bukan boleh dilihat dengan cara begitu aja tapi sifat caring dia yang dizahirkan dengan cara yang lebih bermakna.
Contohnya..ketika pasangan anda dalam keadaan sakit atau memerlukan pertolongan. Haa...time nilah ko nak tau sejauh mana ke romantisan dia. Di situlah ko boleh tengok sejauh mana dia sanggup berkorban tenaga dan jugak wang ringgit untuk ko. Bukan semua pasangan sedia diuji sedemikian rupa.
Setakat nak bagi coklat...Nampak nau ler hampehnya romantika di amor pasangan ko tu. Kalau dia tak sanggup melaburkan pengorbanan atau "kejutan" yang lebih besar seperti yang aku nyatakan di atas tadi tu...ko pandang ler sebelah mata lelaki camni yer...
Syabas kat hubby aku kerana berjaya melepasi ujian di atas ....No candle light dinner. ..no flower tapi romantisnya dia hanya aku yang tahu....
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com