Subhanaullah indahnya nasihat ustaz ni...tentang pentingnya memuliakan ibubapa meskipun ada di antara ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak mereka.
Zaman serba maju ni kadangkala menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ibubapa tidak penting apalagi bila telah punya kerjaya masing-masing.
Paling sedih bila ada yang sanggup mengabaikan ibubapa malah sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua-tua...
Pernah tak terfikir di kalangan kita..tanpa mereka, kita tidak akan mengecapi nikmat dunia seperti sekarang. Jika mereka sanggup bersusah payah demi kita...apalah kiranya jika kita pula menjaga kebajikan mereka ketika tuanya...Ketika tangan yang mendodoikan kita suatu ketika dulu tidak lagi mampu melakukan apa-apa. Matanya yang sering memastikan keselamatan kita kiar pudar penglihatannya.
Sebelum kita kehilangan suara dan wajahnya...gembirakan lah mereka. Semuga ibubapa ini akan bersyukur kepada Allah kerana dianugerahkan anak seperti kalian....
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com