Siapa sangka..dalam keadaan sihat walafiat, tetiba lepas kena hujan aku plak demam..Paling menguji kesabaranku bila emak plak masa tu sakit sekali lagi. Kali ni lebih teruk bila paru2 mak berair dan agak serius.
Sepanjang emak di hospital, memang aku tak berkesempatan menjaga beliau di hospital memandangkan kesihatan aku yang tidak mengizinkan. Diri sendiri pun terhuyung hayang..mana mungkin nak memapah emak ke toilet dan sebagainya.
Syukur..Baby kebetulan cuti dan dialah yang aku pertanggungjawabkan untuk jaga opahnya. Dugaan seterusnya datang lagi bila aku menerima panggilan dari pihak hospital yang mengatakan emak kritikal dan terpaksa ditempatkan di wad ICU kerana tidak sedarkan diri. Masa tu..aku memang dah tak ingat apa-apa...terasa kosong keadaan sekeliling. Yang pasti airmata aku turun mencurah-curah dan menangis tanpa henti. Terbayang wajah arwah Abah sewaktu ditempatkan di wad berkenaan dulu.
Ketika tu..hanya Allah tempat yang paling hamper untuk aku mengadu segala permasalahan..Dalam keadaan aku mengelabah tu, hubby suruh aku bertenang dan baca yassin untuk emak...
Syukur ..Allah telah mendengar doa kami adik beradik...emak telah sedar semula dan ditempatkan ke wad biasa semula.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com