Thursday, October 9, 2014

MADE IN JEPARA INDONESIA ...KO HADOO!

Aku tak tahu apa yang merasuk hubby aku sehinggakan begitu fanatik dengan hasil ukiran dari Jepara, Indonesia. Dek kerana kemahuannya yang mengalahkan pompuan bershopping tu..senyap2 dia mengoder pintu kayu ni tanpa pengetahuan aku. Secara jujurnya..aku kurang berkenan dengan pintu ni atas banyak faktor jugak. Di antaranya kerana reganya yang mencekik darah dan ukirannya tu cam 'seram' plak aku..cam istana keraton zaman silam.

Reganya..ahah! Korang survey ler sendiri iyer..For your information..hubby aku nak pintu ni diletakkan di bahagian depan mengantikan sliding door yang ada. Nak cari kelainan katanya...sukati ko lah Labi..aku tak kuasa dah nak bertegang leher dengan dia..As long as bukan duit akak..lantak la ko nak buat apa pun! Orang buat umah..boleh capai kata sepakat tapi kami ni dok berbeza pendapat..

Datang plak stress aku bila dia bagitahu actually dia order 2 pintu tu!. Satu lagi tu..untuk diletakkan di berandah rumah yg berkonsepkan ala2 Bali Resort katanya. Kalau tak fikir renovation yang tgh under progress ni..aku dah angkat bendera putih. Kecik ati bila dia buat sesuatu tanpa bincang dulu dengan aku!

Barulah aku tahu yg mamat sorang ni peminat produk dari Jawa..dari perabot sampai ler ke minah jawa!. Tu nasib baik sempat aku cantas! Hehe. ..









No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com