Dulu masa dok umah Abah..tak heran langsung bab mendeco ni apatah lagi nak bertema-tema bagai. Bila dah ada rumah sendiri dan dah berumur..mulalah minat mendeco tu datang dengan sendirinya. Agak lama gak ler kami nak tetapkan apakan konsep yang kami nak terapkan dalam rumah. aku kata moden kontemporari but my hubby suka plak konsep Bali.
Ni pintu gebyok menuju ke berandah
So we sepakat ambik jalan tengah...konsep Bali tapi bukan klasik sangat sebab seremmm dengan keadaannya yang agak suram. Bali moden! maka lahirlah deco rumah kami yang sedang dalam pembinaan.
Untuk pintu gerbang nak ke dapur ni, kami dapatkan pintu tersebut di Sg. Buloh. Ikut aku..harganya mahal tapi hubby aku berkeras gak. Memang ketika tu sekali pandang..tak lawa langsung..tapi bila dah dipasang kat umah...tadaaa!!! cantik sangat! Memang kami mahukan kelainan so tak ler bosan bila pergi sana sini..konsepnya lebih kurang sama jer.
Ni pintu gerbang menuju ke dapur yang aku beli kat Sg. Buloh
Untuk merealisasikan impian kami dalam menzahirkan konsep ni...maka gigih ler kami mencari bahan dan material Bali ni. Sliding door cermin aku dulu ditukarkan dengan pintu gebyok iaitu pintu ala-ala ukiran keraton dedulu. Jauh aku import benda alah ni ko..nun kat Jepara Indonesia sana. 2 bijik untuk diletakkan di atas menghala ke beranda dan di bawah menggantikan sliding door.
Nak nampak lebih ke nature Bali nyer tu, kami order atap dari tanah liat yang datang sekali dengan pintu Jepara. Tanah liat ni lebih cool berbanding atap genting mengikut info yang aku baca.
Pemandangan dari tepi rumah aku (Nampak tak papan manis di tepi atap tu)
Bukan tu jer, lampu turut memainkan peranan. Gigih omak mencari lampu klasik ala Bali kat CIMA ari tu..Sabar jer budak Mynmar melayan kerenah hubby aku yang cerewetnya mengalahkan aku lagi
Lampu ni kami letak di berandah utk menyerlahkan lagi konsep bali tu..
Pintu kecil untuk kami keluar masuk (Bali Konsep gak..)
Overall..puas hati dengan kerja-kerja yang dibuat walaupun ada sedikit sebanyak yang buat aku mengomel tak henti-henti (biasa lah kan). Kerja yang sepatutnya siap awal jadi lambat disebabkan kelewatan dan kesilapan pihak lain. Benda macam ni lah yang mengganggu perjalanan kerja.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com