Dah cam trend plak kat Malaysia ni.. dah buat salah kaw-kaw hingga menyentuh sensitivity kaum atau agama, then minta maaf..Apa tu?. Masa sebelum ko buat tu tak fikir dulu ker apa akibatnya perbuatan ko tu?
Jangan kerana nak mengejar glamour, kita lupa segalanya. Aku bercakap ni pasal sorang minah ni yang tah naper meroyan kat youtube pasal hudud..Korang mesti dah tengok video dia kan?.Subhanaullah nama yang mak bapak dia bagi cukup indah tapi tak seindah sikapnya... Aku ni tak 100% mengenali hukum hudud tapi secara asasnya aku dapat melihat indahnya hukum Allah tu.
Tang mana kejam nyer. Kalau ikut hukum civil pon, ada dikenakan hukuman gantung. Naper dia tak kata hukuman tu kejam sebagaimana kritikan dia bahawa hudud tu kejam. Undang-undang dibuat bagi melaksanakan keadilan bukan menegakkan kezaliman dik oi..
Anak sedara aku yang sekolah rendah pun tau yang hukum hudud tu bagus dan adil. Kelakar rasanya bila minah ni samakan hudud dengan makanan...Adik..rezeki tu ko kenalah cari sendiri..tak kan dah besar panjang pun nak orang suap jugak..
Akak suggest ko buat kajian terperinci tentang hudud, barulah boleh bercakap atau komen tentang tu. Jangan jadi pak turut atau rasa terancam hanya kerana ko tak tutup aurat...Kat mana pun ko pergi dik, aurat tu memang kena tutup even ko gi London, Paris sekalipun sebab tu bukan kerajaan Kelantan yang suruh tapi Allah yang suruh...AND janganlah campur adukkan parti dengan agama yer...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com