Semua orang kalau dengar perkataan murah terbeliak bijik mata terutama orang pompuan ye tak?. Apa jer yang murah tentunya menarik perhatian...asal jangan jadik perempuan yang murah udah ler..uwahaha...
Untuk bumbung, kami design buat ala2 bertingkat 2
Bahagian hadapan dipecahkan untuk di buat berandah
jadi camni pulok.
ada mini waterfall...
Ni tempat favourite akak...dapur
Kat sini aku nak berkongsi experience aku time buat renovation umah. Perkara pertama tentulah nak cari harga yang rendah kan?. Tapi tak bermakna yang rendah tu kejanya berkualiti. Yang pasti, korang kena pastikan yang korang kenal betul dengan kontraktor tu. Kontraktor yang aku pilih ni orang Indon yang memang aku dah kenal sebab kejanya agak teliti. Cumanya korang kena ada cah in hand sebab dia akan minta bayaran bila habis saja kerja setiap fasa yang berikutnya...Cewahh berfasa2 plak yer..
Untuk bahan binaan seperi simen, pasir tu of coz ler aku serahkan pada kontraktor untuk membeli sendiri tapi untuk tiles dan jugak peralatan lain seperti shower, sink bowl hatta toilet bowl pun aku pilih sendiri. Memang banyak keja gak ler sebab aku dan hubby buat survey kat kedai2 di Jalan Ipoh pada hari minggu hanya kerana nak memilih tiles yang kami berkenan.
Sebagai contoh, kontraktor aku tetapkan harga tiles dia hanya RM10 sekeping..tapi disebabkan hubby aku tak berkenan dengan design pada harga berkenaan..kami pilih yang lain yang harganya melebihi dari yang ditetapkan. So balancenya tu, kenalah cover sendiri. Hubby aku yang giler2 boros berbelanja tapi untung auditor sebelah ada kan..terkawal la sket..
Memang berabis duit masa ni sebab kami nak merealisasikan rumah impian kami yg kononnya ala2 resort Bali gitew...Tu pentingnya menabung korang...time camnilah korang boleh gunakan duit tabungan tu.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com