Aku ni rasanya kena mandi bunga kot ni...ker premis aku tu yang kena semah dengan bunga 7 jenis atau air yasin ker??. Dari mula sampai sekarang ..asyik dapat penyewa yang bermasalah jer. Kedai yang lain ok jer..
Tapi aku rasa yang ni antara yang paling worst berbanding yang lain. Dia punya bagi alasan ..perghhh! boleh buat karang UPSR lah..Kalau bagi pemeriksa kertas check karangan dia ni...markah penuh untuk panjang karangan tapi...isi karangan merapu macam kap lam ya nga!
Alasan ko guna duit sewa tu untuk beli kereta tu memang tak masuk akal...alasan sebelum ni kata anak dia guna duit tu tanpa pengetahuan dia..ni tukar plak citer.
Paling hangin tu..kol dia tak pernah nak berangkat! Alasan dia...(Alasan lagi ..) hp rosak gi hantar repair...Repair sampai 4 bulan tak berangkat! Sudahnya aku terjah nombor kedai memandu dia.
Malas nak bertekak bagai...sebab bukan aja sewa kedai tak berbayar..bil eletrik dan air pun tertunggak! Salahkan aku gak ker kalau aku naik hangin dengan minah sorang ni..?? Sudahnya aku tutup akaun elektrik dan air atas nama aku dan pandai-pandai la ko nak hidup peh ni.
Masa hubby aku informed dia yang kami dah potong bekalan air..dia cam tak terkejut malah selamba jer jawab..eik dah potong ker...ingatkan belum lagiii...Mungkin dia ingat aku ni sengkek cam dia kot sampai tak der duit nak setlledkan taik yang dia buat tu!
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com