Tuesday, November 15, 2016

KENANGAN DIDENDA DI SEKOLAH

Sapa reader yang tak penah kena denda masa kat sekolah dulu...hands up!. Kah ! Kah! Nampak sangat membohongnya kalu kata ko tak penah didenda kan.

Aku masa sekolah rendah dulu tak nakal..baik sangat budaknya..(Cewahhh. sedia raga, junjung sendiri) Serius! memang baik tapi ada ketikanya kena denda gak atas pelbagai sebab. Antaranya tak bawak buku (tak penah2 lupa bawak buku..tup2 lepas cikgu warning jer..next day tu aku tertinggal buku kat umah). Apa lagi..lari keliling padang sekolah 2 round.

Time nak balik sekolah, cikgu suruh sorang2  hafal sifir...aku kantoi time tu sebab cuma hafal sifir 2 jer...sampai kena denda naik atas meja la...Pendek kata apa denda yang akak tak penah rasa...semua ada.
 
Cuma satu denda jer yang akak tak leh lupa bila disuruh berdiri di luar kelas hanya kerana kesalahan orang lain. Kawan sebelah yang bercakap..akak plak kena denda. Time tu tak pandai nak defence diri..ikut jer. Memang akak akui, marah sangat dengan cikgu tu tapi time tu lah...Sekarang tak der dendam atau benci pun di hati ni. Semua tu akak jadikan pengajaran dan kerana sifat perihatin guru-gurulah buat akak berjaya pada hari ini...
 
Insiden ibubapa yang menyerang guru-guru di sekolah...sampai menyaman segala tu memang pada akak tak patut sungguh. Bagi akak..tiap pelajar tu tertakluk pada undang-undang sekolah dan wajar mereka dikenakan denda sekiranya melanggar disiplin sekolah. Setakat duduk di atas jalan tu apalah sangat....Bukannya patah riuk budak tu.. Cuba korang contohi budaya mendidik cara Jepun ni...
 
Kalau dah ibubapa sendiri tak menghormati guru...jangan mimpi lah anak-anak korang tu yang memuliakan guru-guru yang memberi ilmu ni. Of coz lah kan..dah "bapak borek anaknya rintik".
 
Sokong kalau Kementerian Pelajaran mewartakan undang-undang sebat di sekolah macam kami dulu-dulu...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com