Sunday, November 27, 2016
PRIMALAND ! WHAT HAPPENED WITH YOUR ACCOUNT???
Bukan nak menyalahkan sesiapa tapi kadang-kadang sikap sambil lewa orang lain boleh membawa masalah pada kita..Akak nak ngumpat sapa ni...Bukan ngumpat tapi nak bercerita tentang rasa ketidak puas hati dengan sikat pihak pengurusan Primaland Resort and Convention Centre kat Negeri Sembilan ni.
Semalam dapat bad news dari assistant aku di sana mengatakan yang meter air aku dicabut!..Korang bayangkan..mau tak hangin aku satu badan..dah la time tu ada customer nak check in...Untuk pengetahuan korang, meter air kami unit persendirian sebelum ni adalah meter pukal di bawah pengurusan PRCC tapi most of us dah tukar kepada meter individu. So PRCC tak de hak pun nak tanggalkan meter air kami tu tanpa kebenaran!
Alasan dia...aku ada tunggakan bil air sejak dari tahun 2015. For information..bayaran tu dah aku jelaskan dan paling tak boleh terima tu bila payment yang aku buat tu depa tak update dalam account. SALAH AKU KE TU???
Nasib baik aku masih menyimpan resit dan email dari staff yang makan gaji buta tu sebelum dia berambus dari PRCC..Cuba korang bayangkan kalau unit-unit lain yang tidak menyimpan resit tu...
Please la PRCC...dari Tiara Beach Resort (Mmg BITCH! ..yang makan duit kami sampaikan la ke Best Western (Best sangatlah!.. pun sama gak!) Sekarang ni korang lak nak buat benda yang sama??
Berhenti la dari menindas kami...dah la kolam yang tak seberapa tu dikenakan bayaran...ada hati lagi nak minta duit ??
Pihak SAINS ...sila ambil tindakan pada PRCC ni..biar dia tau...untung nasib dia plak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com