Tuesday, December 27, 2016

DAH NAK MASUK TAHUN 2017...

Tahun 2016...rasa macam baru semalam jer menyambut tahun baru ..dah nak masuk ke tahun 2017 plak. Bagi aku setiap tahun tu ada cerita tersendiri..suka duka kehidupan yang dilalui dan Alhamdulillah..Tuhan panjangkan usiaku untuk bersama suami dan anak-anak yang kusayang.
 
Bercakap pasal azam...hehe (tak ingat sebenarnya apa azam aku tahun 2016)..but still..aku mahu yang terbaik untuk aku dan family. Peningkatan dari segi career dan jugak peningkatan dalam mengumpul reta dunia...inilah anugerah Tuhan untuk aku hambaNya yang kerdil ni.
 
Mengharapkan tahun 2017 lebih menyinar buat kami sekeluarga. aku sebenarnya punya banyak perancangan untuk diri sendiri dan juga untuk adik beradik. Cuma dalam hati ni..mengharapkan akan lebih bermakna untuk tahun-tahun yang akan datang..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com