Tuesday, December 27, 2016

THANK YOU DEAR...

Dari mula kenal dengan hubby aku ni..memang dah tau dia bukan jenis lelaki  romantis yang menjadi indaman kaum wanita (but still ada gak nak try tuh!) apa lagi nak buat kejutan untuk wife dia sempena birthday atau anniversary ker...

Tapi ari tu tetiba dia ajak aku keluar ..katanya nak pegi Ampang Park sebab teringin nak makan sup ayam katanya.. Aiks! tetiba mengidam plak laki aku ni??. Mulanya keberatan gak nak pegi memikirkan tak der apa kat situ..tapi dek kesiankan dia yang teringin sup ayam tu, aku ikutkan jer tapi terfikir lak bila masanya kami penah makan sup ayam kat sana??

Kami naik motor jer dengan alasan hubby aku susah nak cari tempat parking and aku pun maleh bebenor nak drive. On the way..baru perasan yang hubby aku ikut jalan lain menuju Ampang Point..

Tadaaa. rupanya ini kejutan dia....dia nak belikan hadiah sempena birthday aku which is lambat lagi ko..dengan alasan takut tak der masa nak pegi.. HABIB JEWELS!..

 
 
 
 
Dari dulu lagi dia memang nak belikan aku sepasang lagi rantai tangan sebab rantai tangan yang sebelum ini agak besar (takut nak pakai sebab kes ragut menjadi-jadi). Seriously..aku memang tak minat emas...tapi dia yang beria-ria so kerana tak mahu menghampakan dia...aku turut kan ajer...
 

 
Bukan tak appreciate..tapi rasa cam mahal sangat plak birthday present aku...sempat gak aku cakap kat dia...u belikan I branded  handbag... lagi murah dari ni!
 
 
Okay peh ni kita beli handbag plak kata dia! OMG what am I saying just now!!..macam nak perabih duit dia plak.. Dalam hati berbalik-balik sebenarnya..rasa bersalah lak bila aku berjoli katak dengan duit dia...huhu...
 
Anyway..Syukur sebab hubby aku walau tak romantik tapi dia masih tau menyayangi dan menghargai wife dia. Even tiada hadiah harijadi pun..aku tetap menyayangi dan menerima dia seadanya....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com