Thursday, July 28, 2016

UNTUK KESEKIAN KALINYA

Untuk ke sekian kalinya aku berani untuk menjadi diri sendiri..berani menyuarakan isi hati yang aku pendam selama ni...
 
Berdiam bukan bermakna aku takut berhadapan dengan kenyataan tapi ingin melihat sejauh mana reaksi mereka di sekelilingku..Berdiam aku..bukan bermakna aku menelan bulat-bulat apa yang diberikan.
 
Teringat kata2 mendiang bos aku dulu.."kita ibarat timun..jangan mimpi nak beradu kekuatan dengan durian". Memang aku tak mimpi pun nak menjadi timun yang tunjuk kuat didepan durian tapi tak salah rasanya mempertahankan hak sendiri yang sememangnya dari dulu milik aku.
 
Letih sebenarnya bila asyik mengalah aja ni...apalagi bila ada yang mengambil kesempatan di atas sikap aku ni. Kadang2 terasa betapa tak adilnya dunia ni...tapi kembali sedar bahawa tiap kejadian semuanya atas landasan dan ketentuanNya. Siapa aku untuk menidakkan apalagi menyalahkan semua ni.
 
Tentu ada hikmah disebalik semua ni..kita tak tau...TAPI yang pasti dari sini..aku mengenali isihati insan yang bergelar mahkluk Allah yang zahirnya penuh sifat keislaman tapi sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri. Di saat aku memerlukan pertolongan dan bantuan...baru kini aku kenal siapa kawan yang benar-benar boleh dipanggil sahabat....

Friday, July 22, 2016

SIAPA ANIAYA SIAPA NI??

Aku aniaya orang?? Huh selisih malaikat 44!. Sepanjang idup aku ni..tak pernah terlintas dalam hati ni nak menganiaya orang apalagi sesama agama.

Penyewa aku yang lama ni ok. Bayar on time tapi nak jadik citer..dia pindah dan bawak kawan dia tah dari ceruk mana masuk kerumah tu TANPA pengetahuan dan izin aku sebagai tuan rumah. Alasan sebab kesian dia kena halau... Masa ni aku dah terdetik di hati..dia akan buat taik jugak di rumah aku.

Disebabkan bz dengan audit di pejabat, aku tak sempat nak check akaun dan mengharapkan tenant ni bayar macam biasa. Makhluk sorang ni dari mula duduk sampailah 22/7/2016 hari ni tak ada sesen pun dia bayar pada aku. Alasan..sebab tak tau akaun number...(Cam tak der mulut nak tanya husband aku yang pernah terserempak dengan dia..tak pun boleh jer tanya penyewa yang lain kan..)

Disebabkan dah mengeram masuk 7 bulan di situ tanpa byr sewa..aku ambik keputusan untuk potong bekalan letrik rumah tu. Nasib baik aku ni tak de sakit jantung..kalau tak dah lama mati kejung sebab rupanya talian dan meter aku dah dipotong TNB sebab lahabau ni tak bayar bill jugak almost RM500++.



So..sebelum aku naik angin campak kain baju dia..aku suruh dia pindah hari ni gak!. (Sebelum ni aku bagi tempoh sampai cukup bulan tapi bila tengok bill pun dia tak bayar...huh nak meletup pembuluh darah aku ni. Dah la tu..buat sambungan secara haram plak??. Bab menipu berjalan jer akal ko kan?

Boleh bini dia cakap kat aku yang aku ni aniaya dia bila mintak dia pindah?? Sapa aniaya sapa??Laki dia jangan citer lah..lepas tanggungjawab semua kat bini...telefon pun dia tak nak angkat!.Memang dasar "tak de telo" (tapi bagi bini pregnant..pandai lak ko yer??)

Sunday, July 17, 2016

PERLU KE CALL CENTER TU??

Soalan Sengal...

Berapa amount check terakhir yg you prepare ?
Berapa amount cek yg yg terakhir you terima?

Nilah yang buat aku becinta nak call CIMB sebab adanya system baru depa yang tak boleh dah call direct sebaliknya semua call depa transfer kat call centre. Reasonnya..untuk lebih sistematik katanya..Sorry to say..akak tak Nampak pun tak mana sistematiknya dik non! sebab call centre korang ni sebenarnya menyusahkan malah melambatkan lagi urusan kami pelanggan bank ni.

Cam soalan kat atas ni..katanya untuk verify yang account tersebut kepunyaan kita..Tapi korang fikir tak yang authorised caller bukan semuanya prepare payment so bila masanya nak check apa payment yang dah dibuat and dalam sehari beratus cek yang dikeluarkan..

Naper la korang tak buat ID No atau No. PIN tertentu supaya kami customer ni tak disogokkan dengan soalan sengal cam ni??. Kami customer ni pun tak dibenarkan bercakap sendiri dengan pegawai yang bertugas di cawangan tersebut..dan paling tak suka tu terpaksa lak menunggu si call center ni jadi orang perantaraan antara customer dengan pihak bank. Tak ker buang masa dan bill telefon tu namanya? Huh!

Please la...korang implement balik la cara lama tu..Tak der maknanya lebih bagus adanya call center ni.. Kata nak cut cost...ni pegi mengGAJI depa ni bukan namanya menambah cost ke??

Tuesday, June 14, 2016

SABAR DUHAI HATI....

Bulan2 posa ni memang banayak perkara yang menduga keimanan dan kesabaran kan...Semakin aku memohon agar diberikan kesabaran semakin tu lah Tuhan menguji keimanan aku.
 
Kalau ikut hati marah, mau jugak aku cakar2 muka dia ni. Dah la lepas tangan dalam segala hal..yang buat aku hilang sabar bila dia menunding kesalahan yg dia buat pada aku. Walhal perkara yang sama dah kuingatkan berkali-kali tapi biasalah kan...dia ni jenis semuanya "NANTI DULU"
 
End up nya bila isu ni timbul..boleh plak tu nama aku yg dia letak atas sekali memikul biawak idup dan menafikan semua kesilapan yang dia sendiri buat!. Cakap pun di belakang aku..Kalau ko benar, naper tak bersemuka aje dengan aku kan?. Ya Allah..rasa sakit sangat hati ni bila berita tu orang lain yang sampaikan pada aku..
 
Tak mengapalah...Alhamdulillah...aku puasa..ko pun mesti puasa gak kan?. Berpuasa sedangkan menipu dan memfitnah orang tu akan "menambah Pahala ko" di bulan Ramadhan ni. Muga Allah membalas "kebaikan hati ko tu"...Amin
 
 

Sunday, June 5, 2016

IST DAY PUASA...

Macam tahun2 lepas..sama jer persiapan sahur kami sekeluarga. macam hubby aku kena ada nasi panas cam makam tengahari..Aku ni memang payah menelan nasi pepagi buta ni..tak leh langsung nak masuk tekak.
 
 
Sahur aku pagi ni cuma makan sup cendawan dan jugak roti. Abang si anak bujang lak selalunya join ayahnya makan nasi tapi kali ni pun makan sup cendawan gak (tak lalu nak makan katanya..) haik! sejak bila lak anak bujang sorang ni tak lalu makan..selalunya pantang nampak makanan yang terhidang atas meja..Mungkin gak azam dia nak kecikkan saiz badan kot menjelang Ramadhan ni. Elok gak tu.
 
Dah biasa pepagi di office, buat air nescafe..tup2 hari ni terus masuk bilik buat kerja...asyik dok menguap sepanjang pagi ni...Apapun..aku mengharapkan Ramadhan kali ni lebih berkah dan segala amalan yang dibuat diterima olehNya...Amin....
 
 Ini Bahayanya Tidur Setelah Sahur

Selamat Berpuasa Semua Umat Islam...
 

Wednesday, June 1, 2016

KENDURI KESYUKURAN DAN MAJLIS TAHLIL UNTUK ABAH






Syukur Alhamdulillah..akhirnya siap gak renovation umah adik aku yang kat Sri Iskandar tu.Jangkanya siap Januari tapi drag sampai la May 2016. Dah puas gaduh dengan kontraktor tu. Mana tak nyer..duit dah bagi koje tak siap2..
29hb May that day, kami sekeluarga merancang buat majlis keyukuran "naik umah" dan sekaligus buat majlis tahlil untuk arwah Abah...diam tak diam dah 5 tahun Abah pergi...Memandangkan umah tu kosong ..segala benda tak de , makanya kami ni cam orang berpindah randah..dengan segala barang dibawak.
 
 
 
Umah tak berpenghuni...sesuka hati jer depa membuang sampah
 

Part aku bawak rice cooker, kipas angin besor (memandangkan belum ada facility lagi kat umah ni kan...) hatta carpet untuk tetamu yang hadir. Tu tak campur tikar lagi dan segala tok nenek semua aku hangkut.
 
 
 
 

Birthday celebration untuk my nephew Naim Fadhlan...
 
 
 
Ate..moh berselfie ler kita .....
 
Rasa cam nak kahwinkan anak lak bila buat majlis ni. Risau kalau tak der orang dating. Tapi Alhamdulillah..rezeki kami dan juga arwah Abah...ramai yang datang. Paling best moment masa kat sana tu...kami buat bacaan yassin adik beradik sehari sebelum majlis tahlil tu.
 
 
 

              Majlis doa selamat serta arwah bersama kariah Taman Desa Sri Iskandar Perak.
 
 
 
 
Majlis bacaan Yassin
 

 
 
 
Serikandi Majlis...hehe
 
 

Syahdu lak rasanya bila dengar bacaan yassin masa tu...aku cakap kat mak "Kalau lah Abah ada...mesti dia seronok tengok kami bergotong royong adik beradik camni". Baru nak sedih2..tetiba mak sound aku " hish! kalau dah abah kamu ada...tahlil ni untuk sapa pulak!" Ya tak yer gak...wakaka...

Thursday, May 26, 2016

"ANDA ADALAH PEMBUNUH"!!

Semalam masa tengah dok concentrate buat office work depan tv..tetiba dengar lak berita tentang sikap manusia ni yang suka nau langgar peraturan jalanraya. Tapi bagi aku.ni dah memang melampau dan aku sendiri cukup tak suka orang yang menggunakan laluan kecemasan untuk nak memotong.
 
Yang aku heran tu, mostly yang guna laluan kecemasan ni kebanyakannya keta besor2 dan berjenama gah belaka tapi kesian sungguh...mungkin tak mampu kot nak menampung sara hidup nak membeli minyak yang semakin hari semakin naik..tu yang nak jimat sampai tak sanggup nak beratur panjang tu.
 
Terimakasih buat lelaki ni yang berjaya merakam gelagat pemandu2 kurang ajar ni

 
Insiden seperti inilah yang berlaku baru2 ni yang menghalang ambulan untuk sampai ke tempat kemalangan. Bayangkan lebih sejam untuk mereka sampai ketempat tersebut! Lebih sedih bila mangsa tidak dapat diselamatkan.
 
Cuba korang bayangkan kalau sekiranya tiada orang yang tak berakal seperti ni..mungkin mangsa dapat diselamatkan. Sikap penting diri sendiri dan egois macam ni memang seharusnya "disekolahkan". Beri hukuman yang berat agar manusia ni faham sikap bertolak ansur dalam hidup ni. Korang ni sama jer kategorinya dengan pembunuh sebab sikap korang yang tak bertamadun tu!
 
Kalau dah rasa2 tak mampu pakai kereta dengan rega minyak yang mahal..apakata ko naik beskal jer dik...Malu lah sket dengan mamat motor yang berusaha untuk memberi laluan kepada ambulan tu. ..Meskipun kenderaannya kecil tapi "otak"nya besar. Berbanding dengan korang yang keta beso tapi otak kecik!!