Dalam bulan puasa ni, sepatutnya umat Islam menghormati bulan yg mulia ni. Tapi aku agak keciwa bila ternampak seorang mamat ni...sah2 Melayu tulen tengah asyik hisap rokok dalam keta dalam perjalanan balik keja.
Dia cam seakan bangga bila aku tengok dia menerusi cermin sisi. Sangka aku, kalu aku dah tengok dia tak berkedip mata tu, pasti ler dia malu atau mungkin dia terlupa yg dia sedang berpuasa. Lagi aku pandang kat dia, lagi ler dia eksyen. Siap kuar tangan nak buang habuk rokok lagi. Lucky aku tgh drive, kalu tak aku snap foto ko dan masukkan dalam youtube!
Memang memalukan ada orang melayu yg cam tu. Kalu korang tak puasa sekali pun, tak perlu ler nak tunjuk2 dgn orang. Bangga sangat yg dia tu melanggar Rukun Islam yg bukan dibuat oleh manusia tapi oleh Tuhan.
Nasib baik ler ko merokok tu kat KL. Kalu ko kat Kelantan contohnya..dah lama ko tu di arak dgn van jenazah atau keta lembu selayaknya. Memalukan sungguh! Baby aku yg 11thn pun tak penah tinggal posa lagi..ko yg dah tua bangka tak reti2 nak taubat. Anak sape ler mamat ni!
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com