Saturday, August 21, 2010

KAD RAYA PENYAMBUNG CINTA...



Dulu..time ni ler aku akan tertunggu2 kiriman kad raya dari sahabat dan teman2 yg rapat. Memang rasa teruja bila setiap kali bukak peti surat, penuh dgn envelope putih yg tentunya kad raya. Mana2 kad raya yg aku rase agak spesel tu..korang faham2 jer lah kannn...aku simpan tapi yg lain tu aku gantung tuk hiasan di pagi raya.

Tapi lately ni..almaklum ler kan, zaman dah berubah..kad raya dah diganti dgn alat yg lebih canggih dan cepat. SMS dan MMS dah jadi satu trend di kalangan masyarakat kita sebagai penganti kad raya.

Bagi aku ler..kad raya tu lebih ada sentimental value nyer berbanding SMS atau MMS.
Kad tu pon boleh kita simpan sebagai kenang2an dalam tempoh yg lama. Gambarnya pon banyak yg menarik..Teringat masa kecik2 dulu..aku paling suka beli kad raya gambar kucing sebb comel2 anak kucing tu..Tak kira ler nak kirim kat Tok sekali pun aku guna kad gambar kucing gak!

For your info..kad raya lah penyambung hubungan aku dan hubby yg lost contact lebih
7 tahun. Kad raya yg aku kirim padanya tu merupakan kad raya terakhir yg tak tau nak kasik kat sape. Tup2 teringat kat dia...so dgn ucapan ringkas, "Raya ni, jemputlah ke rumah". Memang pun dia dtg...Dengan kengkawan nyer cam rombongan nak masuk meminang!

Kecut perot aku time tu...Mana tak nyer..yg dijemput sorang tapi yg datang tu 3 bijik kereta...Rase kannn!!!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com