Monday, August 23, 2010
REZEKI MENJELANG RAYA...
Pagi ni terkejut aku tgk jumlah gaji yg masuk..apasal lebih lak? Lorr..baru aku teringat staff increment dah masyukkkk. Back dated lagi tu...Syukur! dah nak raya ni ade jer income masuk.
Aku bagi tau mak pasal increment yg aku dapat tu..Menadah tangan memanjatkan syukur orang tua tu...baru ler aku tau, rupanya mak selalu doakan aku dan anak2nya supaya dimurahkan rezeki sentiasa. Yer ler kann..kalu tak masyuk, camner "LHDN" nak tax, aku usik mak.. Mak kata disebabkan aku bagi dia duit bulan2 so dia tak ler tergamak nak mencukai aku kecuali my brother yg jarang2 bagi duit tu.. Sekali dia "tax" adik aku tu..haah ko! mau sebulan gaji orang tu.. Bayaran tertunggak kan mak? keh! keh!
Terima kasih le kat mak yg sering doakan kesejahteraan anak2nya ni terutama aku yg rajin buat dia marah nih..Marah2 pun..mak akan cari aku gak kalau ada apa2 hal nak mintak tolong...
TQ gak kat hubby yg sering mengingatkan aku tentang duit bulanan mak dan abah. Memang aku tau, duit tu besar ertinya pada mereka bukan kerana nilai...tapi erti ingatan dari anak2 kepada mereka...Lorr ..apasal lak rasa sentimental tetiba ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com