Bila terbaca artikel berkenaan dengan sorang menteri ni yang enggan menerima tawaran JPJ untuk memberi plat no. WWW15 hanya kerana dia sorang VVIP....akak tumpang salute kat dia (tabik spring lagi!)
Bukan semua orang macam ni. Selalunya manusia ni..kalau dah berkedudukan..senang cakap tak yah tinggi ler, dapat jawatan yang ala2 suam kuku pun, dah menggunakan kuasa yang tak seberapa tu untuk kepentingan peribadi. Malah ada yang sanggup salahguna kuasa!.
Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang pemimpin ni. Tingkahlaku dan keperibadian kita jadi tontonan dan contoh orang bawahan. Kalau kita sebagai pemimpin tak betul..boleh kah kita harap anak buah kita lurus mengikut undang2?. Dah kita ibu ketam nyer yang jalan mengiring...kan?
Tak de seronoknya jadik pemimpin tu (selain dari gaji banyak sket dari orang bawah ler) kerana beban tugas dan amanah yang dipikul. Jangan ingat, bila dah jadi pemimpin, boleh dok goyang kaki atau goyang pinggul cam Inul ratu gelek tu...Pemimpin yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dan menyalahgunakan kuasanya akan di adili di akhirat kelak. Kena ingat tu!
Bukan senang beb...
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com