Sunday, June 17, 2012

SUSAHNYA MENJAGA HATI ORANG...

Kata orang, kalau nak kita nak mengeluarkan kata2, berfikirlah dahulu kerana "terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya". Tapi yang sering terjadi tu..kita jer yang beria2 menjaga hati orang tapi pihak di sana seakan mengambil kesempatan di atas  kebaikan hati kita.

Sekali dua tu..boleh ler kita bertolak ansur tapi kalau dah berkali2 malah sampai ke tahap seakan memperbodohkan kita...tu dah cam cacing naik ke mata kata orang.. Dengah kata lain sudah lebehhh!!

Bukan kita tak boleh bertolak ansur demi menjaga hati orang2 disekeliling ni tapi ada had dan batasnya. kalau dah asyik kita jer yang perlu mengalah...itu sebenarnya memberi peluang kepada pihak tersebut membulidan mencari kelemahan kita.

Aku tak ler memuji diri sendiri tapi cara aku..aku memang banyak beralah malah sering memendam rasa demi menjaga hati orang2 di sekelilingku. Tapi ...ada tapi nyerr yerkk!. bergantung pada cara mereka menjaga hati aku jugak.. Kalau dah cam yang aku cerita kat atas ni..sorry yer! Aku ni memang seorang wanita, ada sifat lemah lembut tapi jangan dicabar sifat kelembutan yang aku ada. sebab aku boleh jadi lebih keras berbanding lelaki jika keadaan memaksa.

So..jangan lah cuba ambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahan aku...



2 comments:

  1. perangai kita sama..kdg2 terfikir cian kan kita ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul tu eiha..tapi tak bererti kita harus terus mengalah kan?. Tq sudi jengok blog I yer.

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com