Korang tergolong dalam orang2 yang merumitkan keadaan atau menganggap apa jua masalah yang dihadapi tu boleh diselesaikan?. Kalau masalah tu besar..mungkin ler kepala kita kusut gak nak merungkaikan nyer tapi bagaimana kalu masalah yang kecik sebesar taik idung tu..tak kan nak peningkan kepala gak nak menyelesaikannya??
Aku pantang sangat bila orang buat plan last minit! Dah ler last minit cam orang nak terberanak..dia boleh lepaskan tanggungjawab dia pada orang lain untuk menguruskannya. Kerja dia plan jer benda tu peh tu, kita ler tunggang terbalik nak memastikan semuanya berjalan lancar. Kalau tak berjalan lancar, kita yang dihentamnya.
Ramai makhluk Tuhan dalam mukabumi ni yang perangai cam tu kan?. Aku cukup bengang sebab orang2 camtu yang ramai berdekatan dan menyusahkan hidup aku. Dia boleh buat muka sardin bila aku tanya bila majlis tu nak buat..tup2 hari ni dia boleh plan mengejut buat hujung minggu ni.
Rasa macam nak tumbuk dinding jer sekarang ni! Nak menahan marah sebenarnya!
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com