Wednesday, February 27, 2013

ALHAMDULILLAH ..MURAHNYA REZEKI..

Diam2 dalam hati..aku bangga sendiri (masuk bakul tutup sendiri) hik! hik!. Idok ler apa pun pencapaian aku tapi sekurang-kurangnya aku berjaya atas usaha aku ni walaupun tak ada pengalaman dalam hal menguruskan apartment percutian aku ni.

Sebenarnya...aku kutip sedikit pengalaman dalam menguruskan rumah2 sewa aku dan selebihnya bertanya pada orang2 yang dah ada experience tentang ni. Syukur sangat sebab masih ada insan di dunia ni yang sudi membantu orang seperti aku yang masih baru dalam bidang ni.

Paling seronok tu, bila dapat sokongan dari adik beradik yang banyak membantu dari segi marketing, dan yang volunteer menjahit curtain baru untuk apartment aku tu.

For the 1st time...apartment aku di booking, wow! seronok bukan main sebab aku dah buktikan kat hubby yang aku serius dalam kerja aku ni.Tambah bersemangat bila aku dapat booking yang berterusan sempena musim cuti sekolah ni. Syukur tak terhingga kupanjatkan kepada Ilahi....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com