Tuesday, February 12, 2013

PENYERAHAN KUNCI

Bersyukur sangat2 bila hajat aku kesampaian juga akhirnya. Pagi Sabtu 2/2/13 aku ke PD dengan harapan untuk mengambil semula kunci apartment aku dari pihak pengurusan.

Dalam perjalanan..aku terbayang yang aku akan bertekak sakan dengan staff dorang. Memang aku tak buat apa2 appointment sebab aku tak mahu dorang bagi seribu alasan lagi.

Alhamdulillah..urusan aku dipermudahkan Allah. Dorang memberikan kerjasama yang baik kepada kami. Lapang rasanya dada ni bila memikirkan yang aku tak perlu nak pening kepala dengan kerenah dorang lagi.

Susah ataupun senang...biarlah aku yang uruskan. Aku nak mencabar kebolehan diri menguruskan sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum ini. Tapi aku percaya...malah ingat pesan Abah "Jangan ada perkataan gagal atau kalah dalam kamus hidup ni". Insya Allah Abah...aku akan ingat pesan tu sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com