Sunday, February 24, 2013

BABY PAKAI BRACES

Alkisahnya anak dara aku ni macam anak dara engkorang gak yang suka pada kecantikan. Maka ketika melihat pada cermin "hikmat" kat dalam bilik dia tu berjam2, dia perasan yang gigi dia ni tak secantik orang lain. Maka..cam biasa ler kan..merengek2 pada aku tentang kekurangan dia tu.

Aku ni malas betul nak layan sebab bukannya mendatangkan mudarat pun kalu gigi tak cantik...Tapi ayah dia particular bab2 kecantikan anak dara nan sorang ni. So ari Sabtu lepas, berjaya jugak ler anak dara ni melobi si ayah untuk bawak dia gi dentist kat Taman Permata, Ulu Kelang.

                                           Ni bukan ler gigi baby...tapi cenggini ler rupanya.

Masa nak pegi tu so excited..terkinja2. Pendekkata esok nak pegi, malam tu tak leh tido dek kerana excited yang terlampau. Kalau boleh ler...bulan yg mengambang tu nak jer diubah mengantikan matahari..bior cepat2 siang.

Aku rekomen korang gi klinik ni sebab layanan dorang mesra alam gitu. Doktor dia peramah buat anak dara aku yang gementar tu jadi cool jer. Siap benarkan aku snap gambar lagi. Tapi ada certain gambar tu tak berapa nampak dek kerana lampu suluh dia tu terang banget.

Proses dimulai dengan cuci gigi dulu supaya tak der ler sisa2 sawi atau kangkung semalam tinggal kat celah2 gigi. Lepas tu dia kilatkan sket gigi baby agar putih memancar sebelum dipasang braces (gigi besi - istilah ayahnya)

Selepas tu petak2 braces di letakkan di tempat2 yang sepatutnya sesuai dengan keadaan gigi baby. Baby ni, giginya tak sama atas dan bawah..dah tu kecik bebenor...Paling dia tak gemor, gigi depan dia senget sebatang! Tu yang jadi usikan Acu dan Cik Nana nya.

Part paling dia suka, time doktor suruh pilih kaler apa nak letak kat gigi dia. Kaler turquoise dan pink jadi idaman dia. Aku tengok dah cam rainbow dalam mulut dia. Sempat gak dia tanya kat aku..cantik tak mama? Elehhh gigi jer..bukan apa...


                                                Benda ni yang buat gigi korang berkaler tu

Doktor kata sekarang tak rasa apa2 tapi dalam masa 3 hari atau seminggu, dia akan rasa sakit sedikit sebab proses penarikan tu dah bermula. Tak per baby...yang penting, anak mama peh ni cantik cam barbie gitu...huhu..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com