Tahun ni excited nak tambah amal berbanding tahun lepas ..Manjang tuang solat tarawih. Tapi tahun ni..selagi boleh aku berusaha untuk menjadi "tetamu Allah" di Masjid bersama suami dan anak. Hari pertama memang meriah sangat..berpusu-pusu orang datang hinggakan sampai ke perkarangan masjid penuhnya. Alhamdulillah seronok kalu hari2 camni kan.
Tapi keseronokan tu cam terganggu gak bila ada segelintir jemaah membawa anak2 kecil ke masjid. Memang ler tak salah malah digalakkan untuk kita ibubapa mengajar anak2 mendekati masjid. Tapi mereka bukan diajak bersolat tapi berlari ke sana sini mengganggu para jemaah yang sedang bersolat.
Sampaikan satu masa tu ada sorang makcik ni dipijak kepalanya ketika bersolat sunat.
Harap ler sangat kat korang kat luar sana, kalu ada anak2 kecil tu, tak payah ler bawak ke masjid. Kalau tak der sapa nak menjaga, memadai ler bersolat di rumah jer. Kita nak ke masjid untuk menambah pahala tapi in that case dah membawa ke dosa bilamana perbuatan kita tu menyebabkan hilang nyer kyusuk jemaah nak bersolat.
Aku jer contohnya...masa anak2 kecik..memang tak berani nak bawak memandangkan abang waktu tu hyperactive. Mau dia plak ganti Imam dok depan saf...
Tak terlambat rasanya nak wish u olls Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...Muga Ramadhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita...sekiranya memang dah tersurat ia adalah yang terakhir..biarlah ia menjadi Ramadhan yang paling terindah dalam sejarah hidup kita.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com