Tuesday, July 16, 2013

KUIH! KUIH!

Puasa baru beberapa hari..tapi kuih raya dah berbondong2 korang beli..Macam mengalahkan nak buat rumah terbuka. Sana hambik sikit..sini pun ko order sikit. Sudah nyer...penuh satu meja dengan kuih muih. Tu belum masuk lagi ketupat rendang.

Ni nak cakap sket pasal korang yang suka no membeli kuih kat luar. Memang ler kalu tengok sekali imbas, kuih raya tu punya ler cantik..Macam2 sampai naik juling bijik mata tak tau nak pilih yang mana satu. Sudah nya borong semua...Bila time nak merasa...ha! ha!ha! padan muka sendiri kan...rupanya kaler dan bentuk kuih je lain tapi rasanya sama...

Kalau biskut conflake contohnya le nyer...banyak tepung dari conflake nyer. Tu ler dia.. Samada orang yang jual tu tak tau buat kuih atau memang dia nak untung berlipat ganda. Aku penah ada experience cam tu... Sedih tau..beli mahal-mahal, alih-alih kuih tu rasanya semua sama...Kalu dekat tu..aku dah pulangkan balik kuih-kuih tu.


Korang perasan tak harga kuih tahun ni mahal giler. Eh aku pun dah pandai guna perkataan giler ni...! memang naik mendadak..Setengah kuih kuantitinya  makin berkurang berbanding tahun lepas tapi rega tetap naik.

Tiap-tiap tahun aku berangan nak buat sendiri kuih raya. End up nyer tempeh gak...tapi yang pasti aku tak kan beli yang merata2 tempat sembarangan sebab dah penah terkena dulu. Cayer tak kalu aku kata, bab beli kuih raya ni dah jadik tugas hubby aku dah. Dia yang rajin ngoder kuih raya....

Selamat membeli kuih raya yer korang....

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com