Tuesday, July 16, 2013

CINTA SEBELUM VS CINTA SELEPAS KAHWIN

Tetiba kuar topik panas cenggini plak yerr..Dah pukul 11malam tapi mata ni masih tak mau gak lelap. Tengah tergolek-golek atas katil, aku belek-belek majalah mengenai artikel tentang perkhawinan dan percintaan ni. Sajer nak kongsi dengan korang topik panas ni.

Cinta sebelum kahwin
Of coz ler manis macam gula. Masa ni..semuanya indah. Sikit pun ko tak nampak buruk pasangan ko tu. Pendekkata kentut dia pun wangi dan indah jer bunyi nyer (iyer ker?..sebab hubby aku simpan kentut dia masa bercinta dulu).


Masa ni kalu ko merajuk...punya ler syok sebab ada yang tukang pujuk..merajuk ler berapa kali pun...dia tetap setia memujuk.


Time birthday...ni time yang paling seronok sebab ko leh mintak jer apa barang ko nak hatta nyawa dia sekali pun...mesti dia bagi.

Bila berjauhan...rasa terbayang-bayang, rindu semedang. Pandang pinggan makan pun nampak muka dia, toleh ke kiri kanan pun ternampak wajah dia. Paling teruk tu, mandi pun waterproof cam mascara gitewww....


Telefon jangan cakap ler..kalau boleh setiap 1 minit ko nak dengar suara dia. Soalan yang sama gak yang ko tanya dan yang heran tu, dia tak penah jemu-jemu dengar soalan yang sama. Paling kelakar badass tu bila memasing tak nak letak telefon dulu...Sayang nak letak konon...Porrrrahhhh!

Cinta selepas Kahwin

Kalau dulu ko dengan dia memasing simpan kentut...dah kahwin ni..amik ko! main lawan kentut sapa paling kuat plak..bunyinya cam berbalas pantun plak...Kik! kik!

Merajuk? Mati kering ler ko situ..tak kan dia pujuk. Mengalahkan budak dalam buai lagi nak merajuk ! Sendiri ler ko pujuk hati yag lara tu yerr...Nasib ko ler labi....

Birthday present! Hello..jangan nak suker sangat yer. Tak de makna ko nak berpresent2. Paling2 pun dia bawak ko makan kedai makan mamak dekat umah jer...Tun pun duit ko yang kuar gak..(Nasib baik tang ni aku tak masuk group korang) Wakaka....

Lepas kahwin ni..of coz ler hari2 korang dok pandang muka couple korang tu kan? So..mana datang nyer rindu tu...nyampah ada ler kalau dah hari2 dok menempek dekat ko kan?. Kalau kata suami ko out station..cam raya hindu ler korang yer...leh shopping sakan tanpa gangguan. Tak semengah!

Sama gak dengan telefon ni. Asal yang penting jer...sajer ko nak merengek gediks kat telefon tu..pakal kena sound ler dengan hubby ko nanti."Buang tebiat apa awak ni!" Nak ker ko terima ayat maut cam ni dari hubby ko?.

Apapun..kesimpulannya, samada dalam percintaan maupun perkhawinan, cubalah kekalkan keintiman dan kasihsayang korang suami isteri tu yer. Cuma satu jer kat atas tu yang aku tak gemor tapi masih di kekalkan hubby aku sampai sekarang...telefon!. Bukan hal penting pun...cuma nak tanya sibuk ke?. Selalu aku jawab..Tak aihhh...I kan ke CEO company ni...tengah goyang kaki ni...Hubby aku pun cam biasa.ler, gelak terbahak2...













No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com