Aku ni kalau citer bab yang sedih memang mudah mengalirkan airmata. Tapi bukan bab citer sedih orang bercinta okay..Kisah tentang kekeluargaan. Nak plak yang menyentuh tentang ibubapa.
Tersentuh hari aku bila mendengar rintihan suara dari Ustaz Dr. Redzuan Tee Abdullah dalam rancangan pencetus ummah.,Kisah dia yang berusaha untuk mengislamkan ibunya namun tidak berjaya.
Saat ni, terasa betapa bertuahnya kita umat Islam yang mempunyai ibubapa dan saudara mara yang beragama Islam. Isya Allah...kita akan bertemu semula dengan mereka di akhirat kelak.
Sayu hati bila mendengar rasa terkilan beliau yang tidak berkesempatan untuk membawa ibunya memunaikan haji apatah lagi berkesempatan memandikan ibunya di saat-saat terakhir pemergiannya.
Beruntungnya aku jika berbanding beliau. Arwah Abah sempat mengucap dua kalimah syahadah..meninggal pada hari Jumaat penghulu segala hari dan disembahyangkan oleh ramai jemaah masjid ketika itu.
Cuma...seperti beliau, aku juga rasa terkilan kerana tak dapat memeluk Abah di saat akhir pemergiannya dan memberitahu dia yang aku amat menyayanginya. Dia Abah yang terbaik yang Allah kurniakan untuk kami.
Maafkan aku Abah, jika selama ini aku tidak menjalankan kewajipanku sebagai anak yang sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com