Monday, January 27, 2014

CUKUP-CUKUP LER TU YER....

Apa khabar semua...mesti korang tengok AJL ari tu kan? Aku bukan ler nak mengulas pasal persembahan AJL tu tapi sedikit tentang mutu pakaian artis-artis Malaysia yang rasanya makin terok dan dah sampai tahap yang memalukan..
 
Rata-rata artis yang datang tu memakai pakaian ala-ala barat dan totally di mata akak ni memang tak sesuai ler langsung dengan sifat ketimuran dan tatasusila korang yang kebanyakkan nyer tu beragama Islam.
 
Serius ko..akak paling geli bila tengok gelagat artis yang cam tak sedar usia mereka dah meningkat dengan mengenakan pakaian yang tak sesuai dengan usia dan bentuk badan. Nampak selulit kat betis dan tempurung lutut dan "ketul-ketul" yang sepatutnya hanya untuk tontonan sang suami jer. Kalau artis yang tak kahwin tu...pun akak  tak sanggup tengok malah tumpang rasa malu sebab korang dah menunjukkan sesuatu yang cam nampak "expired" gitew. Kalau tak percaya baca jerlah komen-komen yang di tulis peminat tu.
 
 
 
Semua tu bukan hanya sekadar kutukan tapi peringatan yang mungkin artis kat Malaysia ni terlepas pandang. Jangan mudah melenting dengan kritikan mereka kerana anda patut bersyukur di beri peringatan ketika "leka" dengan mainan dunia...Ingat bahawa peminat meminati anda bukan kerana imej seksi yang di pamerkan tapi bakat anda.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com