Sunday, February 2, 2014

PERCUTIAN SEMALAM DI KUANTAN

Jemu setiap kali bercuti dok hotel jer..maka sewaktu melawat abang di Kuantan, aku memilih satu tempat yang jauh dari kesibukkan kota. Tempat ni ala-ala resort desa. Ada tasik dan berdekatan dengan laut tau.

Kempville ni jaraknya lebih kurang 8 km dari bandar Kuantan. Sewa chaletnya berpatutan dari RM70 hingga RM150. Kami pilih superior yang memuatkan katil saiz king dan juga single. Aircond.dan kipas pun ada disediakan.Bagi yang nak buat family day pun okay gak. Memang aku suggest tempat ni.



Bilik tidur dia pun selesa.
 
 

Ni pemandangan salah satu chalet yang ada

Paling seronok tu, ada kemudahan berkayak dan disediakan tempat memancing kagi. Rugi hubby aku tak bawak peralatan mancing. Iyer ler..semalam jer kann. Breakfast juga disediakan okay..tapi kena bangun awai la nooo... Jangan risau, walau pun resort ni taukehnya Cina, tapi masakannya dimasak oleh orang melayu gitu..

Ni tempat memancing atau dok bersantai...(nyanyi lagu ikan kaloi)
 

Sebelum balik ke KL..aktiviti wajib untuk aku..Shopping!!. Untung anak bujang aku amat memahami mamanya.Sanggup dia temankan aku dengan Baby yang dah tak hinggat nak balik.

Hasilnya...tadaaaa!!! aku dapat 2 pasang kasut, sehelai gaun labuh dan aku sempat gak rembat 6 helai tudung. Cam tak caya reganya murah ko...( bagi aku ler...). Abang dok happy meneman aku sebab dapat upah..dapat baju, beg dan purfume pon dia cukai gak...masa di tanya nak apa?...ehhh tak yahhhh kononnnnn...hihi.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com