Monday, February 17, 2014

ZAMAN DAH BERUBAH

Zaman sekarang tak macam zaman nenek moyang kita. Waktu tu, manusia cuma takut pada haiwan buas sahaja. Tapi sekarang, binatang buas dah dikurung di zoo sebaliknya kita lebih takutkan manusia yang jauh lebih buas dari haiwan itu sendiri

Sekurang-kurangnya binatang akan menyerang apabila rasa dirinya terancam tapi manusia buas ni akan mengancam orang yang tak menyerang.

Apa yang melalut bercerita tentang binatang buas plak ni? Tak...sekadar mengenangkan yang zaman sekarang ni dah tak aman macam zaman dulu-dulu. Zaman Opah aku dulu, dorang masak di dapur tapi pintu utama selamba jer terbuka. Cuba kalau sekarang buat camtu..mau licin bersih umah ko macam Hj. Bakhil bagi zakat!

Orang dulu tak yah pagar umah dorang pun tapi kita selarang ni, kalau boleh setinggi tembok Jerman tu nak buat. Bukan apa, zaman sekarang ni dah ramai sangat juara lompat pagar yang tak payah pakai galah nak mencuba bakat!

Paling best bila malam hari, boleh tidor dengan tingkap terbukak luas. Dapat ler rasa dingin angin malam.. Tapi cuba ko buat zaman ni!...Silap haribulan..ada yang tumpang sebantal...

Bilalah dapat merasa semua tu kembali yer...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com