Monday, February 17, 2014

BAGAIMANA HARUS AKU MELUPAKAN..

Bagaimana harus aku melupakan :

Insan yang membawa  aku lahir ke dunia ini...

Insan yang zahirnya tegas namun penyayang malah sanggup berkorban nyawa demi orang yang disayanginya..
 

Insan yang mengerah segala kudratnya untuk membesarkan aku meskipun terpaksa melalui segala kepayahan...

Insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan...mengajar aku erti kasihsayang dan juga kejujuran...

Insan yang sentiasa menguntum senyum di bibirnya meskipun aku tahu, dia menahan segala kesakitan seorang diri...

Insan yang tak pernah meluahkan kata-kata sayang secara berhadapan namun jauh di sudut hatinya akan memberi hatta nyawanya sebagai ganti...

Insan yang ku anggap umpama malaikat yang sentiasa suci....yang telah meninggalkan aku. Pergi tak kan kembali. Semakin aku cuba melupakan kesedihan atas kehilangannya ...semakin jelas ingatan aku padanya...Senyumnya, gurauannya...semua itu membuat aku semakin dibebani rasa rindu yang amat dalam....


Abah,

Jangan pernah ingat bahawa perpisahan ini akan membuat kami lupa dan jauh padamu. Akan aku tunggu detik dan saat itu di mana Abah berdiri menanti aku di sana dengan senyuman yang selama ini aku rindukan...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com