Monday, February 10, 2014

SALESMAN HAPER CAMNI...

Aku nak share ler dengan blogger kat luar sana pengalaman aku berdepan dengan mamat sorang ni sorang salesman syarikat penerbangan yang menawarkan pakej pelancongan.

Mulanya memang ler manis mulut bercakap tentang keistimewaan pakej syarikat dia tu walau pun mulutnya tak ler "berbau" manis (dah tau ko nak bertemu client tu, kumur ler dulu dengan Listerine). Memandangkan penerangan dia ni ala-ala blur sket, so aku cubalah bertanya apa yang aku kurang faham tentang pakej tersebut.

Eik..tinggi suara plak mamat ni! Boleh dia bahasakan aku bila dia kena explained lebih sket. Aku plak..bila dia kurang ajar camtu..memang ler ko cari nahas kan... Aku jawab balik, "sebab saya tak faham ler makanya saya bertanya...kalau dah tau, bertanya jugak..tu bodoh ler namanya". Terus aku blah dari situ . Elok-elok aku dah terfikir nak jadi member..terus tak hingin dek sikap mamat salesman sengal tu.

Ko faham ker keja-keja salesman tu. Kalau rasa-rasa tak nak bercakap banyak menerangkan itu dan ini, apa kata aku suggest ko keja jual kacang putih jer..Tak payah ler ko terangkan camner cara nak makan kacang tu..sebab semua orang tau kacang tu cuma kunyah ajer...


Aku syorkan ko baca buku ni
 
DAN....DAN
 
 
 
Belajar dengan kambing ni camner nak tersenyum dan ramah menjawab pertanyaan orang!
 


No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com