Tuesday, February 18, 2014

PERCERAIAN ...ADAKAH ITU SOLUSI TERBAIK?

Perceraian adalah satu perkataan yang amat menakutkan bagi sebuah pasangan. Namun bukan semua perceraian itu menyakitkan terutama bagi pihak yang tidak nampak ada jalan keluar dalam masalah mereka. Bagi mereka, perceraian adalah jalan keluar kepada permasalahan ini.

Mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah rumahtangga yang bergolak tapi bagaimana tanggapan anak-anak terhadap perceraian ini. Adakah ianya akan memberi kesan  dari segi psikologi dan juga tumbesaran anak-anak ini.

Elakkan daripada bertengkar di hadapan anak-anak

Masalah lebih rumit jika berlaku perebutan dalam hak penjagaan anak-anak. Masing-masing menegakkan hak mereka sebagai orang yang lebih berhak dalam soal penjagaan. Secara pandangan kasar, mungkin kita merasakan yang wanita sepatutnya lebih berhak diberikan hak tersebut tetapi ianya bergantung kepada situasi kewangan, cara hidup wanita tersebut juga

Tentunya kita inginkan yang terbaik buat anak-anak. Jadi dalam soal hak penjagaan ini, rasanya adalah lebih baik diberikan hak tersebut kepada anak-anak untuk memilih.

Tiada guna kita melepaskan rasa amarah dan dendam melalui anak-anak sebagai tanda protes kerana ianya tidak menjejaskan bekas pasangan kita sebaliknya anak-anak akan menjadi mangsa.

Dalam agama Islam, perceraian adalah sesuatu yang dibenarkan  tapi ianya amat dibenci Allah.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com